Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya dapat macam-macam anugerah dan nikmat dari Yang Esa. Tiber! Antaranya adalah dapat bekerja kumpulan dengan mereka-mereka yang pandai ambik gambar, semua dah ada ciri-ciri photographer termasyur! gittew! Minggu ni sangat seronok, bersama rakan-rakan seperjuangan yang perform tanpa kenal erti jemu menjayakan video Potret dan Swafoto kami semua, dan jugak video 'Simpulan Bahasa' yang memang riuh, best, masing-masing tunjukkan skil dan idea fotografi yang gempak. Tak percaya tengok la hasil video kumpulan LANGGAR PRODUCTION! Kebaboom!!
Saturday, October 19, 2019
BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 6

Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di Dalam Kelas Bahasa
Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama
ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog
juga mempunyai banyak kegunaan untuk penulis blog seperti untuk kegunaan peribadi sebagai
jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam
memrpomosikan dan memperiklankan produk. Blog adalah laman web yang mengandungi
kandungan peribadi, dalam bentuk artikel, foto, video dan pautan untuk ke laman
web lain. Blog mempunyai banyak kelebihan, antaranya mempunyai komen pada
pautan dan post hanya boleh dibaca oleh pembaca yang dipilih oleh penulis, jadi
ia menjamin privasi seseorang penulis.
Kini, teknologi dalam blog semakin maju seiring dengan
perkembangan teknologi yang pantas. Pada hari ini, blog juga telah membantu
para guru yang masih tercari-cari maklumat untuk bahan mengajar dengan
membolehkan guru mengakses blog-blog pendidikan yang menyediakan konten
berkaitan dengan pendidikan dalam laman blog mereka. Wang & Woo (2008)
menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi di mana pengguna boleh menyusun
maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai
hantaran dari orang lain, bertanggungjawa terhadap penulisan dan pembelajaran
mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.
Terdapat perbezaan bahasa di antara lelaki dan
perempuan dalam penulisan blog. Perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan
penulis blog remaja berkemungkinan besar dikaitkan dengan jantina. Zaini Amir
et. al mendapati perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki.. Data
kajian menunjukkan kaum perempuan lebih suka menulis puisi dalam blog mereka
walaupun kaum lelaki dan perempuan gemar menjadikan puisi sebagai perkongsian
mereka di blog. Blog juga boleh dijadikan sebagai medium untuk membuat cerpen
pendek supaya dapat menambah baik kemahiran menulis mereka dan membolehkan
mereka berlatih menggunakan bahasa.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019 : Bird Eye View (LANGGAR PRODUCTION)
Allahu sedar tak sedar inilah jenis asas fotografi terakhir yang bakal saya kongsikan. Pasti ramai yang teruja kerana saya pun teruja sebab bird eye view ni antara jenis asas fotografi yang paling cantik dan wow gitu. Bird eye view ialah shot yang dilakukan dari atas di ketinggian tertentu sehingga memperlihatkan lingkungan yang sedemikian luas dengan benda-benda lain yang tampak di bawah begitu kecil.
Walaupun jambatan ni punya lah panjang, tapi jambatan ni lah saya guna untuk ke hati awak! pick up line dah basi...Jambatan ni merupakan jambatan yang saya selalu lalu untuk pergi kota Kuala Lumpur.
Jambatan tu pernah ada kes perempuan nak bunuh diri terjun ke jalan raya tapi nasib baik saya datang tenangkan beliau. Haihh. bawak bawak ingat tuhan kak. Daripada bunuh diri dekat jambatan tu lebih baik tengok pemandangan dari atas tu..
Hati-hati para pemandu sekalian dengan kelajuan sebab speed trap ada di mana mana..Pandu kereta dengan hati-hati sebab kecuaian kita boleh membawa padah untuk diri dan pengguna jalan raya lain.
BBM3410Satu2019 : Over The Shoulder (LANGGAR PRODUCTION)
Assalamualaikum dan hai!
Mesti anda semua dah tak sabar sabar nak tahu macam mana pulak asas grafik untuk Over The Shoulder Shot kan. Okay sabar sabar.. sekarang nak kongsi beberapa buah gambar untuk Over The Shoulder. Gambar-gambar ini dipilih kerana ada cerita lucu disebalik semua gambar. hehe..

Naim terkejut lalu tunjuk dengan tangannya seorang lelaki popular yang ada di depannya itu seorang atlet yang mengharumkan nama negara. Fuh akhirnya dapat juga jumpa depan depan. Jadi takkan nak lepaskan peluang, kita tangkap gambar dia senyap senyap walaupun dari belakang. Kau hado?
Hisyam baru nak ngurat wanita berbaju merah yang sexy yang ada depan irshad, hisyam ingat nak ambik gambar wanita berbaju merah yang tengah berdiri jauh dari dia, apakan daya baju irshad warna merah pun masuk sekali. hashtag bro cuba.
Gambar seorang lelaki yang terlalu leka dengan dunia yang sementara, tiba-tiba dia berjalan lantas nampak masjid ni. Timbul insof dalam diri dia, maka dia pun tenung masjid tu dengan rasa menyesal disaksikan pancutan air terjun. #dramasangat
BBM3410Satu2019: Mugshot (LANGGAR PRODUCTION)
Perkongsian kali ini lebih menarik kerana saya akan tunjukkan bagaimana jenis asas fotografi seterusnya ini, iaitu Mugshot di mana Mugshot biasanya digunakan untuk menangkap gambar penjenayah yang mempunyai pelbagai emosi. Setiap sisi penjanayah diambil untuk memudahkan proses pengecaman. Berikut adalah gambar Mugshot yang boleh dijadikan rujukan.
Lelaki ni dituduh mencuri laptop di kawasan kolej. Jadi, gambar die dah viral satu universiti. Muka yang nampak seperti tidak bersalah tapi kita tengok siapa yang kena.
Yang ni bukan penjenayah tapi dia gadis yang ditangkap kerana mencuri buah pelam di bukit ekspo UPM. Dia nampak gembira sebab yang ambil gambar dia ialah crush dia sekian lama memendam rasa..
Yang ni seorang lelaki Sabah yang wajahnya agak menakutkan tapi jangan hanya menilai pada rupa, mana tahu dialah imam masjid Kampung Pasir. Dia pun sebenarnya hairan dan keliru kenapa dia ditangkap, jadi dia menurut je sebab dia lurus bendul orangnya..Bedal sajalah labu..
BBM3410Satu2019 : Medium Shot (LANGGAR PRODUCTION)
1. MEDIUM SHOT ( MANUSIA )
Senyumlah anak muda! sebab dah makan dekat IKEA kan. Takkan la tak bahagia..Syabas anak muda. Irshad cover macho dengan masukkan tangan dalam poket. Baru gadis-gadis terpesona!
Masa ni, Hisyam tak puas hati sebab die je tak dapat bertubuh fit dalam gambar? Tapi hisyam nanti pergi gym ramai-ramai.
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Sekali Aliff ngap apa pun tak boleh sebab dia tengah bad mood rasa nak makan orang so watch out semasa anda masuk parking!
Gambar di atas menceritakan seorang lelaki yang nak pergi ke tempat mahal, tapi dia belum mampu nak pergi lagi tempat-tempat mahal. Jadi dia bersiar-siar sambil tengok bangunan-bangunan bersejarah pun dia dah gembira.
2. MEDIUM SHOT ( MANUSIA & PEMANDANGAN)
Gambar di atas menceritakan seorang lelaki yang nak pergi ke tempat mahal, tapi dia belum mampu nak pergi lagi tempat-tempat mahal. Jadi dia bersiar-siar sambil tengok bangunan-bangunan bersejarah pun dia dah gembira.
Gaya beliau menjadi tarikan kami kerana persis seperti pakaian Prof Normaliza, hehe.. Mungkin bakal menggantikan Prof, kita tak tahu. Gambar ni juga diambil selepas dia selesai memetik bunga-bunga yang ada di pokok tu sampai hampir botak pokok tu..hehe..
Gambar ni diambil ketika lelaki ini berjalan-jalan sekitar Kelantan untuk segarkan minda yang dah serabut soal cinta dan assignments. Tapi baju merah buat hakak marah la.
BBM3410Satu2019: Long Shot (Langgar Production)
Posting kedua ini saya nak kongsi tentang asas fotografi yang kedua iaitu Long Shot. Bagi yang tidak tahu, gambar jenis Long Shot ialah gambar yang ditangkap untuk menunjukkan subjek dari jarak jauh, atau kawasan di mana kejadian berlaku. Gambar jenis Long Shot ini terbahagi kepada dua iaitu manusia dan pemandangan beserta manusia. Long shot dan medium shot adalah dua shot berbeza yang memerlukan tahap pemahaman yang tinggi kalau tak, boleh bawa gaduh. LOL. Tanpa perlu saya membebel panjang lebar, mari kita lihat contoh-contoh gambar Long Shot yang menarik.
1. Long-Shot ( Pemandangan dan Manusia )
1. Long-Shot ( Pemandangan dan Manusia )
Dari nun jauh di sana, dapat lihat seorag perempuan yang berseorangan tanpa teman bersiar-siar di taman yang hanya dia sahaja yang ada. Dia ni pelajar cemerlang tetapi dia suka bawak diri dengan payung merah jambunya tu. Melenggang-lenggang mcm sutun tapi bak kata sajat 'I Perempuan Okay!'.
DI sini, terlihat penampakan seorang lelaki berbadan comel yang sedang tunggu kekasihnya yang dah berjanji nak datang tasik. Janji punya janji, 2 jam tunggu tak sampai-sampai. Apa kehenya yob!
DI sini, terlihat penampakan seorang lelaki berbadan comel yang sedang tunggu kekasihnya yang dah berjanji nak datang tasik. Janji punya janji, 2 jam tunggu tak sampai-sampai. Apa kehenya yob!
Berlari berkejaran, seindah bunga di taman. Lagu tak sesuai sebab ni bukan geng kunyit. Mereka sahabat satu pasukan bola yang tengah menikmati kawasan yang luas terbentang. Kalau jalan atas jalan raya lagi rare!
1. Long-Shot ( Pemandangan )
Kalau anda nak tahu, jalan ini lah yang saya lalui setiap hari untuk pergi ke kelas. Nampak seram kan? Kalau jalan sorang-sorang mau jalan laju macam lipas kudung. Tapi demi menuntut ilmu kita hadap jela hantu apa pun.
Gambar ni ada keistimewaan sebab walaupun jaraknya jauh, tapi saya berasa bangga dengan bangunan-bangunan tersergam indah ni. Sepanjang dekat sini, yang saya risaukan kalau-kalau ahli kumpulan terjerumus dalam kolam waktu sesi bergambar. hehe
Memang kesukaan saya untuk ambik bangunan-bangunan macam ni sebab saya bercita-cita nak kerja dalam bangunan-bangunan tersergam tu tapi tengok lah hala tuju ke mana..
BBM3410Satu2019 : Close-up (LANGGAR PRODUCTION)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada entri kali ni, saya nak ceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak antara hasil penggambaran kumpulan saya, iaitu Langgar Production yang pusing ke serata dunia (TIPU JE) untuk hasilkan pelbagai jenis asas grafik yang memenuhi citarasa Prof Dr Normaliza antaranya close-up ni. Banyak pengalaman pahit dan manis (lebih pada pahit) LOL yang kami lalui sepanjang penggambaraan berjalan.
Okay, jenis asas fotografi yang ini agak menerujakan kerana saya terlibat secara langsung, di mana saya turut jadi model untuk asas grafik close-up. Close-up untuk pengetahuan anda ialah gambar yang menampilkan objek dengan lebih dekat. Untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana untuk mengenalpasti gambar close-up, jom baca lebih lanjut!
1. CLOSE UP ( MANUSIA )

Kalau tengok gambar ni, kita dapat tengok wajah lelaki dalam gambar ini secara dekat yang sedang mempamerkan riak wajah yang ceria, gembira kerana teringatkan kenangan-kenangan indah yang muncul dalam fikiran. Dia teringat saat-saat perkenalaan bersama awek dia yang ada di kamping halaman kot.
Aku, perempuan dan dot dot dot. Dalam gambar ni, muka seorang perempuan yang rasa cemburu campur geram sangat tengok kekasih dia bercekerama dengan perempuan lain. Dalam hati dia kata, 'kecik besar kecik besar aku tengok diorang ni'. Satu das jelingan maut dia bagi dekat perempuan yang goda kekasih dia. Sabar kak sabar..benda boleh bincang..Kumbang bukan seekor sistur.
Tengok lelaki dalam gambar ni, saya rasa anda akan terpegun dengan pandangan mata beliau yang nampak polos dan jujur. Ketebalan rambutnya yang bukan bishe-bishe tampakkan beliau seperti lelaki yang penuh karisma. Dia adalah orang yang tidak mengenal erti putus asa dalam kehidupan dan bersedia untuk menjadi yang terbaik.
2. CLOSE UP ( BUKAN MANUSIA )
Jom nyanyi sikit, bunga bunga matahari..eh ni bunga kertas, bukan bunga matahari! Bunga kertas ni adalah simbolik pada keindahan flora dan fauna di mana menyejukkan hati sesiapa sahaja yang memandang. Walaupuu baunya tak seperti bunga ros, bunga kertas juga dekat di hati dek kerana warna ungu yang memikat hati.
Wow! Siapa je yang tak pernah try bebola daging bersama mashed potato ni kan? Kalau tak pernah confirm anda ketinggalan zaman sebab makanan ni adalah antara 7 nikmat dunia yang kita tak boleh miss! Rasa dia memang A+ bebola daging dekat IKEA ni. Masa ni, IKEA punyalah penuh sampai nak jalan pun kena berlanggar punggun dengan orang. Sabar jela..
Okay, yang ni pulak gambar close-up untuk camera Nikon di mana camera ni tak asing lagi di kalangan jurugambar-jurugambar yang hebat sebab kualiti die kebabom! Dan biasanya lelaki yang ambik gambar pakai kamera Nikon ni nampak bergaya betul! Jadi mana mana jurugambar guna Nikon ni boleh pm tepi okay! #fakehope
Monday, September 30, 2019
BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA
Keluargaku Syurgaku..
Keluarga merupakan institusi yang sangat penting dalam kehidupan dan keluarga adalah sebahagian dari hidup kita kan? Tanpa keluarga, sesuatu kehidupan yang kita rasakan bahagia itu tidak akan lengkap. Pada kali ini, saya ingin kongsikan cerita tentang keluarga yang saya sangat kasihi dan sayangi. Tanpa mereka, saya tidak berada di mana saya ada sekarang.
Saya mempunyai 7 orang ahli keluarga, iaitu ibu, ayah dan 5 orang adik beradik, 4 orang perempuan dan seorang lelaki. Ayah saya merupakan peniaga kedai makan sepenuh masa, dibantu oleh ibu saya. Sejak kecil,saya dibesarkan dengan melihat bagaimana ibu dan ayah saya membanting tulang dari petang hingga 3 pagi menguruskan restorannya. Sepanjang mereka tiada di rumah mencari rezeki, saya dan adik perempuan saya yang pada ketika itu masing-masing berumur 5 dan 4 tahun dijaga oleh nenek. Alhamdulillah, walaupun saya dan adik beradik dibesarkan dengan cara yang berbeza berbanding rakan-rakan lain, saya dan 3 lagi adik beradik, berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan melanjutkan pelajaran hingga keperingkat ijazah. Kakak suilung saya graduan ijazah Business and Accountancy dari Universiti Malaya, kakak kedua saya graduan ijazah perniagaan antarabangsa dari UNIKL, dan adik perempuan saya graduan bUSINNESS and Accountancy dari Universiti Malaya. Adik lelaki saya pula tahun ini mengambil PT3.
Saya yakin rezeki yang Allah berikan kepada kami adik beradik dan pada perniagaan ayah saya adalah kerana sikap tolong meoolong dalam keluarga kami. Sejak sekolah menengah, dari kakak sulung hingga adik lelaki bongsu saya yang kini 15 tahun akan membantu ayah dan ibu di restoran mereka yang biasanya pada hujung minggu dipenuhi oleh ratusan pelanggan. Jadi, kami adik beradik akan membahagikan masa pada hujung minggu untuk balik ke rumah kerana ibu dan ayah kekurangan pekerja. Jadi, ia menjadi tanggungjwab kami sebagai anak untuk mendahulukan ibu bapa. Untuk pengetahuan kalian, saya juga memasang angan-angan untuk menjadi seorang ahli perniagaan, tetapi versi yang lebih baik dari ayah saya kerana banyak benda saya telah belajar apabila menolong ayah dan ibu saya di restoran. Hingga ke hari ini, saya dan semua adik beradik akam membantu ibu ayah satya di restoran dan bagi saya perkara ini membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara kami sekeluarga.
Terima Kasih Kerana Membaca.j

BBM3410Satu2019 : TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..
Setiap dari kita pastinya pernah menghadapi peperiksaan yang besar, tidak kira sama ada pada zaman persekolahan atau sewaktu di universiti. Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul pastinya lebih mudah mencapai keputusan yang cemerlang berbanding pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem.
Pada entri kali ini, saya akan kongsikan 2 tips untuk elajar dengan mudah supaya dapat dipraktikkan oleh pelajar di luar sana.
Tips pertama ialah membuat nota ringkas yang mengandungi peta minda kerana pelajar yang baik adalah pelajar yang membuat nota ringkas. Nota yang berwarna warni membolehkan pelajar mudah untuk mengingat kembali 'point-point' penting dalam sesuatu subjek. Nota ringkas ini juga dapat membantu pelajar membuat pecutan terakhir di saat hari peperiksaan tiba.
Tips kedua ialah memilih waktu yang paling sesuai untuk mengulangkaji. Setiap orang mempunyai waktu produktif maksimum yang berbeza, jadi pelajar perlu bijak menentukan waktu yang paling berkesan untuk mengulangkaji, sama ada selepas subuh atau pada waktu tengah malam.Cuba untuk mengikut rentak sendiri tanpa mengikut waktu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar cemerlang.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Thursday, September 26, 2019
BBM3410Satu2019: Masih Disini
Pengalaman yang tak mungkin saya dapat lupakan sampai bila-bila ialah apabila saya berjaya naik ke atas pentas untuk menerima anugerah keputusan STPM terbaik di mana anugerah ini diberikan pada pelajar STPM yang mendapat keputusan 3.0 dan keatas di SMK Telok Datok. Sewaktu saya naik ke atas pentas, perasaan puas, bangga dan sebak bercampur kerana turut hadir dalam dewan ialah keluarga dan kawan-kawan baik saya untuk melihat kejayaan saya yang tahu bagaimana saya tersungkur dan jatuh sebelum saya membuat keputusan untuk mengambil STPM. Setelah menerima sijil dan hadiah, saya bergambar bersama rakan-rakan yang turut sama menerima hadiah di atas pentas disaksikan ratusan penonton di dalam dewan. Perasaan saya ketika itu sangat bangga dengan diri sendiridan bersyukur. Pengalaman ini cukup membuatkan saya percaya bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, segala keringat,air mata rasa terbayar apabila saya dapat membanggakan keluaga saya pada masa itu. Dan kini, saya berjaya melanjutkan ijazah saya di Universiti Putra Malaysia, sebuah universiti yang saya idamkan. Alhamdulillah..
Monday, September 23, 2019
BBM3410Satu2019: Nenek dan datuk
SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK
Cerita ini mengisahkan tentang Alim yang tidak sabar-sabar pulang ke kampungnya. Dia ingin bermain dengan ayam dan itik, tetapi ayam dan itik tiada. Rupa-rupanya, ayam dan itik di dalam reban yang baru. Kemudian, Alim masuk ke dalam rumah dan hairan kerana rumah tersebut tidak sama seperti dahulu. Nenek memujuk Alim dan menerangkan tentang semua perabot di dalam rumah itu. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk pelik dengan kelakuan Alim. Walaupun begitu, keadaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
(Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT)
(Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT)
JENIS-JENIS MULTIMEDIA
Jenis-jenis multimedia yang boleh digunakan untuk penyebaran cerita ini boleh dilakukan melalui blog, Twitter, facebook, instagram dan Youtube.
Melalui blog, cerita ini boleh ditulis secara penuh atau pun sinopsis. Melalui blog juga, pengisian akan menjadi lebih jelas dan pembaca akan lebih mudah untuk memahaminya.
Melalui twitter, penulis boleh membuat bebenang semasa menyebarkan cerita ini kerana twitter mempunyai had perkataan.
Melalui Facebook, cerita ini boleh disebarkan melalui muat naik secara biasa atau diletakkan dalam Group atau Page. Pembaca juga boleh tekan butang "KONGSI" dan secara tidak langsung cerita tersebut akan tersebar.
Melalui Instagram, penulis boleh menarik pembaca dengan meletakkan gambar di dalam Instagram, kemudian barulah penulis boleh menulis tentang cerita ini. Tambahan lagi, penulis juga boleh letak di Stories Instagram.
Melalui Youtube, penulis boleh membuat video ringkas dan meletakkan gambar atau pun video.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog
Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Mengikut erti kata lain, blog boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti tujuan peribadi iaitu sebagai diari harian serta boleh juga digunakan untuk tujuan perniagaan bagi mempromosikan dan memperiklankan produk sendiri.
Namun, sesiapa sahaja yang ingin menulis blog, seharusnya mengambil kira etika dalam penulisan blog supaya blog yang dihasilkan bukan sahaja menarik, tetapi juga berkualiti. Dalam buku Eh! Media Sosial, Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) telah menggariskan 10 cara penulisan blog yang baik yang sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan untuk saya dan penulis di luar sana.
Cara yang pertama ialah sesuatu blog itu perlu mempunyai tajuk yang dapat menarik perhatian pembaca. Hal ini penting kerana tajuk blog ia adalah baris ayat yang pertama sekali akan dibaca.
Sekian Terima Kasih

Pastinya ia akan mencetuskan persepsi awal dalam minda pembaca. Misalnya, anda ingin menulis tentang cara untuk menabung dengan mudah. Elakkan tajuk seperti 'Cara Mudah untuk Menabung', sebaliknya fikirkan tajuk yang santai dan tidak klise seperti '10 Langkah Mudah Menabung yang Wajib Anda Ketahui! Tajuk seperti ini pastinya membuat pembaca teruja dan timbul minat untuk membaca idea-idea anda.
Cara yang kedua ialah cerita yang menarik hati pembaca. Cerita perlulah singkat tetapi padat dan tidak meleret-leret kerana mendapatkan perhatian pembaca bukanlah sesuatu yang mudah, jadi olahan cerita perlulah menarik untuk mengekalkan pembaca membaca blog kita. Cerita yang anda ingin sampaikan perlulah sesuai dengan pembaca sasaran kita supaya pembaca tidak bosan dengan topik yang anda sediakan.
Cara ketiga ialah selitkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menarik pembaca ke laman blog anda. Pembaca pada masa kini tidak gemar dengan ayat yang terlalu baku atau formal dan penyampaiannya yang berat kerana pembaca akan mudah bosan. Jadi, penulis blog perlu bijak memasukkan unsur-unsur jenaka sesuai dengan kehendak pembaca blog anda.
Cara keempat ialah pastikan ada hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah terbaik ini bermaksud anda cuba mengeluarkan pengisian yang berilmiah untuk menyokong tindak tanduk dalam coretan anda. Anda perlu betul-betul tahu dan faham tentang idea yang ingin disampaikan pada pembaca untuk membolehkan penulisan ada mempunyai hujah yang dapat membuatkan pembaca berasa yakin dengan topik yang anda kongsikan.
Cara kelima dalam penulisan blog yang baik ialah penulis perlu mengaitkan penulisan dengan berita terkini supaya penulisan blog anda tampak segar, hebat dan mengikuti perkembangan semasa. Pembaca juga dapat info dan input yang berguna daripada berita yang ditampilkan kerana pastinya perasaan ingin tahu mereka berkobar-kobar apabila anda mengaitkan penulisan dengan isu semasa.
Cara keenam ialah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas untuk menghasilkan blog yang baik. Apa saya maksudkan di sini, tidak perlu gunakan ayat bombastik atau berjela-jela dalam penyampaian anda kerana ayat yang panjang cenderung disalahertikan, lewah, malah mungkin tidak komprehensif.
Cara ketujuh, blog anda perlulah dapat dibaca dan mudah difahami. Ciri-ciri penulisan yang baik adalah penulisan yang jelas dan mudah difahami oleh semua lapisan pembaca. Jadi, penulis perlu memastikan pembaca dapat memahami dengan mudah apa yang cuba di sampaikan oleh penulis tanpa sebarang kekeliruan. jika anda dapat menghasilkan kandungan yang jelas untuk difahami, ia pasti akan membantu memudahkan pembaca melihat nilai yang terkandung di dalam artikel blog tersebut. Dan hasilnya, mereka akan meneruskan pembacaan.
Cara kelapan ialah berkomunikasi dengan pembaca. Berkomunikasi dengan pembaca merupakan perkara penting dalam penghasilan blog. Berkomunikasi boleh terjadi dari pelbagai sudut iaitu berkomunikasi menggunakan alat perbualan di bahagian tepi blog. Alat perbualan itu boleh dimasukkan menggunakan cara-cara tertentu. Dari situ, penulis dalam berkomunikasi dengan pembaca. Selain itu, komunikasi boleh berlaku di ruangan komen. Sekirany pembaca puas hati atau ada pertanyaan, mereka boleh isi ruangan komen.
Penulis juga boleh memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Penulisan yang mempunyai moral dan nilai estetika dapat menyentuh hati pembaca dan hal ini dapat mendekatkan pembaca untuk terus membaca blog. Selain itu, memasukkan moral dan nilai estetika juga menjadikan penulisan lebih berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi. Hal ini berbeza dengan penulisan blog yang biasa dan nampak kosong.
Cara yang terakhir ialah penulis perlu berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulis tidak patut menyalin info daripada blog lain tanpa mengetahui tentang ilmu tersebut. Penyampaian penulisan pendidikan yang tidak tepat hanya akan memberikan maklumat yang salah. Maklumat yang salah pula akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pembaca. Hal ini kerana sudah menjadi kebiasaan masyarakat untuk mempercayai kandungan blog tanpa usul periksa. Oleh itu, penulis juga perlu memastikan diri
berilmu untuk penulisan pendidikan.
berilmu untuk penulisan pendidikan.
Sekian Terima Kasih
Monday, September 16, 2019
BBM3410Satu2019 : SAYA FAHAM
Saya kata "Apa Khabar"
Dia jawan "Khabar Baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya
Selamat pagi, tengah hari, malam
Untuk dia
Untuk saya
Terima Kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih,
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka
Dia jawan "Khabar Baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya
Selamat pagi, tengah hari, malam
Untuk dia
Untuk saya
Terima Kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih,
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka
BBM3410Satu2019: DIRI
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat datang ke laman blog Saya. Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nur Yuzalini Binti Muhamad Maryus, berusia 24 tahun, berasal dari Banting, Selangor. Saya merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik (4 perempuan dan seorang lelaki). Saya juga adalah seorang pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Melayu Linguistik di Universiti Putra Malaysia Serdang. Saya adalah pelajar yang sedang menjalani semester akhir dalam jurusan ini, dan saya dan rakan mengambil subjek Multimedia dalam Bahasa.
Ramai yang tidak tahu bahawa saya adalah seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti sukan outdoor kerana luarannya saya tampak seperti wanita yang 'lembik' namun saya suka aktiviti yang dapat menguji daya tahan dan keberanian saya. Di samping itu, hobi yang paling saya suka lakukan terutama semasa mengalami stres ialah menonton wayang atau membeli belah di pusat membeli-belah.
Terima kasih kerana membaca.

Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 6
Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya ...
-
Allahu sedar tak sedar inilah jenis asas fotografi terakhir yang bakal saya kongsikan. Pasti ramai yang teruja kerana saya pun teruja seba...
-
Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog juga mem...
-
Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya ...