Followers

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019 : Close-up (LANGGAR PRODUCTION)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada entri kali ni, saya nak ceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak antara hasil penggambaran kumpulan saya, iaitu Langgar Production yang pusing ke serata dunia (TIPU JE) untuk hasilkan pelbagai jenis asas grafik yang memenuhi citarasa Prof Dr Normaliza antaranya close-up ni. Banyak pengalaman pahit dan manis (lebih pada pahit) LOL yang kami lalui sepanjang penggambaraan berjalan.

Okay, jenis asas fotografi yang ini agak menerujakan kerana saya terlibat secara langsung, di mana saya turut jadi model untuk asas grafik close-up. Close-up untuk pengetahuan anda ialah gambar yang menampilkan objek dengan lebih dekat. Untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana untuk mengenalpasti gambar close-up, jom baca lebih lanjut!



1. CLOSE UP ( MANUSIA )




Kalau tengok gambar ni, kita dapat tengok wajah lelaki dalam gambar ini secara dekat yang sedang mempamerkan riak wajah yang ceria, gembira kerana teringatkan kenangan-kenangan indah yang muncul dalam fikiran. Dia teringat saat-saat perkenalaan bersama awek dia yang ada di kamping halaman kot.





Aku, perempuan dan dot dot dot. Dalam gambar ni, muka seorang perempuan yang rasa cemburu campur geram sangat tengok kekasih dia bercekerama dengan perempuan lain. Dalam hati dia kata, 'kecik besar kecik besar aku tengok diorang ni'. Satu das jelingan maut dia bagi dekat perempuan yang goda kekasih dia. Sabar kak sabar..benda boleh bincang..Kumbang bukan seekor  sistur.





Tengok lelaki dalam gambar ni, saya rasa anda akan terpegun dengan pandangan mata beliau yang  nampak polos dan jujur. Ketebalan rambutnya yang bukan bishe-bishe tampakkan beliau seperti lelaki yang penuh karisma. Dia adalah orang yang tidak mengenal erti putus asa dalam kehidupan dan bersedia untuk menjadi yang terbaik. 



2. CLOSE UP ( BUKAN MANUSIA )


Jom nyanyi sikit, bunga bunga matahari..eh ni bunga kertas, bukan bunga matahari! Bunga kertas ni adalah simbolik pada keindahan flora dan fauna di mana menyejukkan hati sesiapa sahaja yang memandang. Walaupuu baunya tak seperti bunga ros, bunga kertas juga dekat di hati dek kerana warna ungu yang memikat hati.



Wow! Siapa je yang tak pernah try bebola daging bersama mashed potato ni kan? Kalau tak pernah confirm anda ketinggalan zaman sebab makanan ni adalah antara 7 nikmat dunia yang kita tak boleh miss! Rasa dia memang A+ bebola daging dekat IKEA ni. Masa ni, IKEA punyalah penuh sampai nak jalan pun kena berlanggar punggun dengan orang. Sabar jela..






Okay, yang ni pulak gambar close-up untuk camera Nikon di mana camera ni tak asing lagi di kalangan jurugambar-jurugambar yang hebat sebab kualiti die kebabom! Dan biasanya lelaki yang ambik gambar pakai kamera Nikon ni nampak bergaya betul! Jadi mana mana jurugambar guna Nikon ni boleh pm tepi okay! #fakehope 















































No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 6

Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya ...