Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama
ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog
juga mempunyai banyak kegunaan untuk penulis blog seperti untuk kegunaan peribadi sebagai
jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam
memrpomosikan dan memperiklankan produk. Blog adalah laman web yang mengandungi
kandungan peribadi, dalam bentuk artikel, foto, video dan pautan untuk ke laman
web lain. Blog mempunyai banyak kelebihan, antaranya mempunyai komen pada
pautan dan post hanya boleh dibaca oleh pembaca yang dipilih oleh penulis, jadi
ia menjamin privasi seseorang penulis.
Kini, teknologi dalam blog semakin maju seiring dengan
perkembangan teknologi yang pantas. Pada hari ini, blog juga telah membantu
para guru yang masih tercari-cari maklumat untuk bahan mengajar dengan
membolehkan guru mengakses blog-blog pendidikan yang menyediakan konten
berkaitan dengan pendidikan dalam laman blog mereka. Wang & Woo (2008)
menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi di mana pengguna boleh menyusun
maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai
hantaran dari orang lain, bertanggungjawa terhadap penulisan dan pembelajaran
mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.
Terdapat perbezaan bahasa di antara lelaki dan
perempuan dalam penulisan blog. Perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan
penulis blog remaja berkemungkinan besar dikaitkan dengan jantina. Zaini Amir
et. al mendapati perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki.. Data
kajian menunjukkan kaum perempuan lebih suka menulis puisi dalam blog mereka
walaupun kaum lelaki dan perempuan gemar menjadikan puisi sebagai perkongsian
mereka di blog. Blog juga boleh dijadikan sebagai medium untuk membuat cerpen
pendek supaya dapat menambah baik kemahiran menulis mereka dan membolehkan
mereka berlatih menggunakan bahasa.
No comments:
Post a Comment