Pengalaman yang tak mungkin saya dapat lupakan sampai bila-bila ialah apabila saya berjaya naik ke atas pentas untuk menerima anugerah keputusan STPM terbaik di mana anugerah ini diberikan pada pelajar STPM yang mendapat keputusan 3.0 dan keatas di SMK Telok Datok. Sewaktu saya naik ke atas pentas, perasaan puas, bangga dan sebak bercampur kerana turut hadir dalam dewan ialah keluarga dan kawan-kawan baik saya untuk melihat kejayaan saya yang tahu bagaimana saya tersungkur dan jatuh sebelum saya membuat keputusan untuk mengambil STPM. Setelah menerima sijil dan hadiah, saya bergambar bersama rakan-rakan yang turut sama menerima hadiah di atas pentas disaksikan ratusan penonton di dalam dewan. Perasaan saya ketika itu sangat bangga dengan diri sendiridan bersyukur. Pengalaman ini cukup membuatkan saya percaya bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, segala keringat,air mata rasa terbayar apabila saya dapat membanggakan keluaga saya pada masa itu. Dan kini, saya berjaya melanjutkan ijazah saya di Universiti Putra Malaysia, sebuah universiti yang saya idamkan. Alhamdulillah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 6
Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Pada entri kali ni, saya nak ceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak antara hasil penggambaran kump...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat datang ke laman blog Saya. Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nur ...
-
Keluargaku Syurgaku.. Keluarga merupakan institusi yang sangat penting dalam kehidupan dan keluarga adalah sebahagian dari hidup kita kan...
No comments:
Post a Comment