Followers

Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

Keluargaku Syurgaku..


Keluarga merupakan institusi yang sangat penting dalam kehidupan dan keluarga adalah sebahagian dari hidup kita kan? Tanpa keluarga, sesuatu kehidupan yang kita rasakan bahagia itu tidak akan lengkap. Pada kali ini, saya ingin kongsikan cerita tentang keluarga yang saya sangat kasihi dan sayangi. Tanpa mereka, saya tidak berada di mana saya ada sekarang.

Saya mempunyai 7 orang ahli keluarga, iaitu ibu, ayah dan 5 orang adik beradik, 4 orang perempuan dan seorang lelaki. Ayah saya merupakan peniaga kedai makan sepenuh masa, dibantu oleh ibu saya. Sejak kecil,saya dibesarkan dengan melihat bagaimana ibu dan ayah saya membanting tulang dari petang hingga 3 pagi menguruskan restorannya. Sepanjang mereka tiada di rumah mencari rezeki, saya dan adik perempuan saya yang pada ketika itu masing-masing berumur 5 dan 4 tahun dijaga oleh nenek. Alhamdulillah, walaupun saya dan adik beradik dibesarkan dengan cara yang berbeza berbanding rakan-rakan lain, saya dan 3 lagi adik beradik, berjaya menjejakkan kaki ke universiti dan melanjutkan pelajaran hingga keperingkat ijazah. Kakak suilung saya graduan ijazah Business and Accountancy dari Universiti Malaya, kakak kedua saya graduan ijazah perniagaan antarabangsa dari UNIKL, dan adik perempuan saya graduan bUSINNESS and Accountancy dari Universiti Malaya. Adik lelaki saya pula tahun ini mengambil PT3.

Saya yakin rezeki yang Allah berikan kepada kami adik beradik dan pada perniagaan ayah saya adalah kerana sikap tolong meoolong dalam keluarga kami. Sejak sekolah menengah, dari kakak sulung hingga adik lelaki bongsu saya yang kini 15 tahun akan membantu ayah dan ibu di restoran mereka yang biasanya pada hujung minggu dipenuhi oleh ratusan pelanggan. Jadi, kami adik beradik akan membahagikan masa pada hujung minggu untuk balik ke rumah kerana ibu dan ayah kekurangan pekerja. Jadi, ia menjadi tanggungjwab kami sebagai anak untuk mendahulukan ibu bapa. Untuk pengetahuan kalian, saya juga memasang angan-angan untuk menjadi seorang ahli perniagaan, tetapi versi yang lebih baik dari ayah saya kerana banyak benda saya telah belajar apabila menolong ayah dan ibu saya di restoran. Hingga ke hari ini, saya dan semua adik beradik akam membantu ibu ayah satya di restoran dan bagi saya perkara ini membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara kami sekeluarga.

Terima Kasih Kerana Membaca.j





BBM3410Satu2019 : TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..


Setiap dari kita pastinya pernah menghadapi peperiksaan yang besar, tidak kira sama ada pada zaman persekolahan atau sewaktu di universiti. Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul pastinya lebih mudah mencapai keputusan yang cemerlang berbanding pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. 
Pada entri kali ini, saya akan kongsikan 2 tips untuk elajar dengan mudah supaya dapat dipraktikkan oleh pelajar di luar sana.

Tips pertama ialah membuat nota ringkas yang mengandungi peta minda kerana pelajar yang baik adalah pelajar yang membuat nota ringkas. Nota yang berwarna warni membolehkan pelajar mudah untuk mengingat kembali 'point-point' penting dalam sesuatu subjek. Nota ringkas ini juga dapat membantu pelajar membuat pecutan terakhir di saat hari peperiksaan tiba.

Tips kedua ialah memilih waktu yang paling sesuai untuk mengulangkaji. Setiap orang mempunyai waktu produktif maksimum yang berbeza, jadi pelajar perlu bijak menentukan waktu yang paling berkesan untuk mengulangkaji, sama ada selepas subuh atau pada waktu tengah malam.Cuba untuk mengikut rentak sendiri tanpa mengikut waktu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar cemerlang. 

Terima Kasih Kerana Membaca.

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Disini

Pengalaman yang tak mungkin saya dapat lupakan sampai bila-bila ialah apabila saya berjaya naik ke atas pentas untuk menerima anugerah keputusan STPM terbaik di mana anugerah ini diberikan pada pelajar STPM yang mendapat keputusan 3.0 dan keatas di SMK Telok Datok. Sewaktu saya naik ke atas pentas, perasaan puas, bangga dan sebak bercampur kerana turut hadir dalam dewan ialah keluarga dan kawan-kawan baik saya untuk melihat kejayaan saya yang tahu bagaimana saya tersungkur dan jatuh sebelum saya membuat keputusan untuk mengambil STPM. Setelah menerima sijil dan hadiah, saya bergambar bersama rakan-rakan yang turut sama menerima hadiah di atas pentas disaksikan ratusan penonton di dalam dewan. Perasaan saya ketika itu sangat bangga dengan diri sendiridan bersyukur. Pengalaman ini cukup membuatkan saya percaya bahawa tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, segala keringat,air mata rasa terbayar apabila saya dapat membanggakan keluaga saya pada masa itu. Dan kini, saya berjaya melanjutkan ijazah saya di Universiti Putra Malaysia, sebuah universiti yang saya idamkan. Alhamdulillah..



Terima Kasih Kerana Membaca.



                                              

Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan datuk

SINOPSIS CERITA SOSIAL 1: NENEK DAN DATUK

Cerita ini mengisahkan tentang Alim yang tidak sabar-sabar pulang ke kampungnya. Dia ingin bermain dengan ayam dan itik, tetapi ayam dan itik tiada. Rupa-rupanya, ayam dan itik di dalam reban yang baru. Kemudian, Alim masuk ke dalam rumah dan hairan kerana rumah tersebut tidak sama seperti dahulu. Nenek memujuk Alim dan menerangkan tentang semua perabot di dalam rumah itu. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk pelik dengan kelakuan Alim. Walaupun begitu, keadaan tersebut telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

(Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT) 

JENIS-JENIS MULTIMEDIA 

Jenis-jenis multimedia yang boleh digunakan untuk penyebaran cerita ini boleh dilakukan melalui blog, Twitter, facebook, instagram dan Youtube.

Melalui blog, cerita ini boleh ditulis secara penuh atau pun sinopsis. Melalui blog juga, pengisian akan menjadi lebih jelas dan pembaca akan lebih mudah untuk memahaminya. 

Melalui twitter, penulis boleh membuat bebenang semasa menyebarkan cerita ini kerana twitter mempunyai had  perkataan.

Melalui Facebook, cerita ini boleh disebarkan melalui muat naik secara biasa atau diletakkan dalam Group atau Page. Pembaca juga boleh tekan butang "KONGSI" dan secara tidak langsung cerita tersebut akan tersebar.

Melalui Instagram, penulis boleh menarik pembaca dengan meletakkan gambar di dalam Instagram, kemudian barulah penulis boleh menulis tentang cerita ini. Tambahan lagi, penulis juga boleh letak di Stories Instagram. 

Melalui  Youtube, penulis boleh membuat video ringkas dan meletakkan gambar atau pun video.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Mengikut erti kata lain, blog boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti tujuan peribadi iaitu sebagai diari harian serta boleh juga digunakan untuk tujuan perniagaan bagi mempromosikan dan memperiklankan produk sendiri.

Namun, sesiapa sahaja yang ingin menulis blog, seharusnya mengambil kira etika dalam penulisan blog supaya blog yang dihasilkan bukan sahaja menarik, tetapi juga berkualiti. Dalam buku Eh! Media Sosial, Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) telah menggariskan 10 cara penulisan blog yang baik yang sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan untuk saya dan penulis di luar sana.


Cara yang pertama ialah sesuatu blog itu perlu mempunyai tajuk yang dapat menarik perhatian pembaca. Hal ini penting kerana tajuk blog ia adalah baris ayat yang pertama sekali akan dibaca.

Pastinya ia akan mencetuskan persepsi awal dalam minda pembaca. Misalnya, anda ingin menulis tentang cara untuk menabung dengan mudah. Elakkan tajuk seperti 'Cara Mudah untuk Menabung', sebaliknya fikirkan tajuk yang santai dan tidak klise seperti '10 Langkah Mudah Menabung yang Wajib Anda Ketahui! Tajuk seperti ini pastinya membuat pembaca teruja dan timbul minat untuk membaca idea-idea anda.
Cara yang kedua ialah cerita yang menarik hati pembaca. Cerita perlulah singkat tetapi padat dan tidak meleret-leret kerana mendapatkan perhatian pembaca bukanlah sesuatu yang mudah, jadi olahan cerita perlulah menarik untuk mengekalkan pembaca membaca blog kita. Cerita yang anda ingin sampaikan perlulah sesuai dengan pembaca sasaran kita supaya pembaca tidak bosan dengan topik yang anda sediakan. 

Cara ketiga ialah selitkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk menarik pembaca ke laman blog anda. Pembaca pada masa kini tidak gemar dengan ayat yang terlalu baku atau formal dan penyampaiannya yang berat kerana pembaca akan mudah bosan. Jadi, penulis blog perlu bijak  memasukkan unsur-unsur jenaka sesuai dengan kehendak pembaca blog anda.

Cara keempat ialah pastikan ada hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Hujah terbaik ini bermaksud anda cuba mengeluarkan pengisian yang berilmiah untuk menyokong tindak tanduk dalam coretan anda. Anda perlu betul-betul tahu dan faham tentang idea yang ingin disampaikan pada pembaca untuk membolehkan penulisan ada mempunyai hujah yang dapat membuatkan pembaca berasa yakin dengan topik yang anda kongsikan.

Cara kelima dalam penulisan blog yang baik ialah penulis perlu mengaitkan penulisan dengan berita terkini supaya penulisan blog anda tampak segar, hebat dan mengikuti perkembangan semasa. Pembaca juga dapat info dan input yang berguna daripada berita yang ditampilkan kerana pastinya perasaan ingin tahu mereka berkobar-kobar apabila anda mengaitkan penulisan dengan isu semasa.

Cara keenam ialah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas untuk menghasilkan blog yang baik. Apa saya  maksudkan di sini, tidak perlu gunakan ayat bombastik atau berjela-jela dalam penyampaian anda kerana ayat yang panjang cenderung disalahertikan, lewah, malah mungkin tidak komprehensif. 

Cara ketujuh, blog anda perlulah dapat dibaca dan mudah difahami. Ciri-ciri penulisan yang baik adalah penulisan yang jelas dan mudah difahami oleh semua lapisan pembaca. Jadi, penulis perlu memastikan pembaca dapat memahami dengan mudah apa yang cuba di sampaikan oleh penulis tanpa sebarang kekeliruan. jika anda dapat menghasilkan kandungan yang jelas untuk difahami, ia pasti akan membantu memudahkan pembaca melihat nilai yang terkandung di dalam artikel blog tersebut. Dan hasilnya, mereka akan meneruskan pembacaan.

Cara kelapan ialah berkomunikasi dengan pembaca. Berkomunikasi dengan pembaca merupakan perkara penting dalam penghasilan blog. Berkomunikasi boleh terjadi dari pelbagai sudut iaitu berkomunikasi menggunakan alat perbualan di bahagian tepi blog. Alat perbualan itu boleh dimasukkan menggunakan cara-cara tertentu. Dari situ, penulis dalam berkomunikasi dengan pembaca. Selain itu, komunikasi boleh berlaku di ruangan komen. Sekirany pembaca puas hati atau ada pertanyaan, mereka boleh isi ruangan komen.

Penulis juga boleh memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Penulisan yang mempunyai moral dan nilai estetika dapat menyentuh hati pembaca dan hal ini dapat mendekatkan pembaca untuk terus membaca blog. Selain itu, memasukkan moral dan nilai estetika juga menjadikan penulisan lebih berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi. Hal ini berbeza dengan penulisan blog yang biasa dan nampak kosong.

Cara yang terakhir ialah penulis perlu berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulis tidak patut menyalin info daripada blog lain tanpa mengetahui tentang ilmu tersebut. Penyampaian penulisan pendidikan yang tidak tepat hanya akan memberikan maklumat yang salah. Maklumat yang salah pula akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pembaca. Hal ini kerana sudah menjadi kebiasaan masyarakat untuk mempercayai kandungan blog tanpa usul periksa. Oleh itu, penulis juga perlu memastikan diri 
berilmu untuk penulisan pendidikan.

Sekian Terima Kasih

Monday, September 16, 2019

BBM3410Satu2019 : SAYA FAHAM

Saya kata "Apa Khabar"
Dia jawan "Khabar Baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya


Selamat pagi, tengah hari, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih,
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka



BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat datang  ke laman blog Saya. Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nur Yuzalini Binti Muhamad Maryus, berusia 24 tahun, berasal dari Banting, Selangor. Saya merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik (4 perempuan dan seorang lelaki). Saya juga adalah seorang pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Melayu Linguistik di Universiti Putra Malaysia Serdang. Saya adalah pelajar yang sedang menjalani semester akhir dalam jurusan ini, dan saya dan rakan mengambil subjek Multimedia dalam Bahasa.

Ramai yang tidak tahu bahawa saya adalah seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti sukan outdoor kerana luarannya saya tampak seperti wanita yang 'lembik' namun saya suka aktiviti yang dapat menguji daya tahan dan keberanian saya. Di samping itu, hobi yang paling saya suka lakukan terutama semasa mengalami stres ialah menonton wayang atau membeli belah di pusat membeli-belah.



Terima kasih kerana membaca.






BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 6

Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya ...