Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya dapat macam-macam anugerah dan nikmat dari Yang Esa. Tiber! Antaranya adalah dapat bekerja kumpulan dengan mereka-mereka yang pandai ambik gambar, semua dah ada ciri-ciri photographer termasyur! gittew! Minggu ni sangat seronok, bersama rakan-rakan seperjuangan yang perform tanpa kenal erti jemu menjayakan video Potret dan Swafoto kami semua, dan jugak video 'Simpulan Bahasa' yang memang riuh, best, masing-masing tunjukkan skil dan idea fotografi yang gempak. Tak percaya tengok la hasil video kumpulan LANGGAR PRODUCTION! Kebaboom!!
NUR YUZALINI BINTI MUHD MARYUS (191238)
Saturday, October 19, 2019
BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 6
Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya dapat macam-macam anugerah dan nikmat dari Yang Esa. Tiber! Antaranya adalah dapat bekerja kumpulan dengan mereka-mereka yang pandai ambik gambar, semua dah ada ciri-ciri photographer termasyur! gittew! Minggu ni sangat seronok, bersama rakan-rakan seperjuangan yang perform tanpa kenal erti jemu menjayakan video Potret dan Swafoto kami semua, dan jugak video 'Simpulan Bahasa' yang memang riuh, best, masing-masing tunjukkan skil dan idea fotografi yang gempak. Tak percaya tengok la hasil video kumpulan LANGGAR PRODUCTION! Kebaboom!!
Monday, October 7, 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di Dalam Kelas Bahasa
Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama
ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog
juga mempunyai banyak kegunaan untuk penulis blog seperti untuk kegunaan peribadi sebagai
jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam
memrpomosikan dan memperiklankan produk. Blog adalah laman web yang mengandungi
kandungan peribadi, dalam bentuk artikel, foto, video dan pautan untuk ke laman
web lain. Blog mempunyai banyak kelebihan, antaranya mempunyai komen pada
pautan dan post hanya boleh dibaca oleh pembaca yang dipilih oleh penulis, jadi
ia menjamin privasi seseorang penulis.
Kini, teknologi dalam blog semakin maju seiring dengan
perkembangan teknologi yang pantas. Pada hari ini, blog juga telah membantu
para guru yang masih tercari-cari maklumat untuk bahan mengajar dengan
membolehkan guru mengakses blog-blog pendidikan yang menyediakan konten
berkaitan dengan pendidikan dalam laman blog mereka. Wang & Woo (2008)
menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi di mana pengguna boleh menyusun
maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai
hantaran dari orang lain, bertanggungjawa terhadap penulisan dan pembelajaran
mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.
Terdapat perbezaan bahasa di antara lelaki dan
perempuan dalam penulisan blog. Perbezaan penggunaan bahasa dalam kalangan
penulis blog remaja berkemungkinan besar dikaitkan dengan jantina. Zaini Amir
et. al mendapati perempuan lebih suka menulis blog berbanding lelaki.. Data
kajian menunjukkan kaum perempuan lebih suka menulis puisi dalam blog mereka
walaupun kaum lelaki dan perempuan gemar menjadikan puisi sebagai perkongsian
mereka di blog. Blog juga boleh dijadikan sebagai medium untuk membuat cerpen
pendek supaya dapat menambah baik kemahiran menulis mereka dan membolehkan
mereka berlatih menggunakan bahasa.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu2019 : Bird Eye View (LANGGAR PRODUCTION)
Allahu sedar tak sedar inilah jenis asas fotografi terakhir yang bakal saya kongsikan. Pasti ramai yang teruja kerana saya pun teruja sebab bird eye view ni antara jenis asas fotografi yang paling cantik dan wow gitu. Bird eye view ialah shot yang dilakukan dari atas di ketinggian tertentu sehingga memperlihatkan lingkungan yang sedemikian luas dengan benda-benda lain yang tampak di bawah begitu kecil.
Walaupun jambatan ni punya lah panjang, tapi jambatan ni lah saya guna untuk ke hati awak! pick up line dah basi...Jambatan ni merupakan jambatan yang saya selalu lalu untuk pergi kota Kuala Lumpur.
Jambatan tu pernah ada kes perempuan nak bunuh diri terjun ke jalan raya tapi nasib baik saya datang tenangkan beliau. Haihh. bawak bawak ingat tuhan kak. Daripada bunuh diri dekat jambatan tu lebih baik tengok pemandangan dari atas tu..
Hati-hati para pemandu sekalian dengan kelajuan sebab speed trap ada di mana mana..Pandu kereta dengan hati-hati sebab kecuaian kita boleh membawa padah untuk diri dan pengguna jalan raya lain.
BBM3410Satu2019 : Over The Shoulder (LANGGAR PRODUCTION)
Assalamualaikum dan hai!
Mesti anda semua dah tak sabar sabar nak tahu macam mana pulak asas grafik untuk Over The Shoulder Shot kan. Okay sabar sabar.. sekarang nak kongsi beberapa buah gambar untuk Over The Shoulder. Gambar-gambar ini dipilih kerana ada cerita lucu disebalik semua gambar. hehe..
Mesti anda semua dah tak sabar sabar nak tahu macam mana pulak asas grafik untuk Over The Shoulder Shot kan. Okay sabar sabar.. sekarang nak kongsi beberapa buah gambar untuk Over The Shoulder. Gambar-gambar ini dipilih kerana ada cerita lucu disebalik semua gambar. hehe..
Naim terkejut lalu tunjuk dengan tangannya seorang lelaki popular yang ada di depannya itu seorang atlet yang mengharumkan nama negara. Fuh akhirnya dapat juga jumpa depan depan. Jadi takkan nak lepaskan peluang, kita tangkap gambar dia senyap senyap walaupun dari belakang. Kau hado?
Hisyam baru nak ngurat wanita berbaju merah yang sexy yang ada depan irshad, hisyam ingat nak ambik gambar wanita berbaju merah yang tengah berdiri jauh dari dia, apakan daya baju irshad warna merah pun masuk sekali. hashtag bro cuba.
Gambar seorang lelaki yang terlalu leka dengan dunia yang sementara, tiba-tiba dia berjalan lantas nampak masjid ni. Timbul insof dalam diri dia, maka dia pun tenung masjid tu dengan rasa menyesal disaksikan pancutan air terjun. #dramasangat
BBM3410Satu2019: Mugshot (LANGGAR PRODUCTION)
Perkongsian kali ini lebih menarik kerana saya akan tunjukkan bagaimana jenis asas fotografi seterusnya ini, iaitu Mugshot di mana Mugshot biasanya digunakan untuk menangkap gambar penjenayah yang mempunyai pelbagai emosi. Setiap sisi penjanayah diambil untuk memudahkan proses pengecaman. Berikut adalah gambar Mugshot yang boleh dijadikan rujukan.
Lelaki ni dituduh mencuri laptop di kawasan kolej. Jadi, gambar die dah viral satu universiti. Muka yang nampak seperti tidak bersalah tapi kita tengok siapa yang kena.
Yang ni bukan penjenayah tapi dia gadis yang ditangkap kerana mencuri buah pelam di bukit ekspo UPM. Dia nampak gembira sebab yang ambil gambar dia ialah crush dia sekian lama memendam rasa..
Yang ni seorang lelaki Sabah yang wajahnya agak menakutkan tapi jangan hanya menilai pada rupa, mana tahu dialah imam masjid Kampung Pasir. Dia pun sebenarnya hairan dan keliru kenapa dia ditangkap, jadi dia menurut je sebab dia lurus bendul orangnya..Bedal sajalah labu..
BBM3410Satu2019 : Medium Shot (LANGGAR PRODUCTION)
1. MEDIUM SHOT ( MANUSIA )
Senyumlah anak muda! sebab dah makan dekat IKEA kan. Takkan la tak bahagia..Syabas anak muda. Irshad cover macho dengan masukkan tangan dalam poket. Baru gadis-gadis terpesona!
Masa ni, Hisyam tak puas hati sebab die je tak dapat bertubuh fit dalam gambar? Tapi hisyam nanti pergi gym ramai-ramai.
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Sekali Aliff ngap apa pun tak boleh sebab dia tengah bad mood rasa nak makan orang so watch out semasa anda masuk parking!
Gambar di atas menceritakan seorang lelaki yang nak pergi ke tempat mahal, tapi dia belum mampu nak pergi lagi tempat-tempat mahal. Jadi dia bersiar-siar sambil tengok bangunan-bangunan bersejarah pun dia dah gembira.
2. MEDIUM SHOT ( MANUSIA & PEMANDANGAN)
Gambar di atas menceritakan seorang lelaki yang nak pergi ke tempat mahal, tapi dia belum mampu nak pergi lagi tempat-tempat mahal. Jadi dia bersiar-siar sambil tengok bangunan-bangunan bersejarah pun dia dah gembira.
Gaya beliau menjadi tarikan kami kerana persis seperti pakaian Prof Normaliza, hehe.. Mungkin bakal menggantikan Prof, kita tak tahu. Gambar ni juga diambil selepas dia selesai memetik bunga-bunga yang ada di pokok tu sampai hampir botak pokok tu..hehe..
Gambar ni diambil ketika lelaki ini berjalan-jalan sekitar Kelantan untuk segarkan minda yang dah serabut soal cinta dan assignments. Tapi baju merah buat hakak marah la.
BBM3410Satu2019: Long Shot (Langgar Production)
Posting kedua ini saya nak kongsi tentang asas fotografi yang kedua iaitu Long Shot. Bagi yang tidak tahu, gambar jenis Long Shot ialah gambar yang ditangkap untuk menunjukkan subjek dari jarak jauh, atau kawasan di mana kejadian berlaku. Gambar jenis Long Shot ini terbahagi kepada dua iaitu manusia dan pemandangan beserta manusia. Long shot dan medium shot adalah dua shot berbeza yang memerlukan tahap pemahaman yang tinggi kalau tak, boleh bawa gaduh. LOL. Tanpa perlu saya membebel panjang lebar, mari kita lihat contoh-contoh gambar Long Shot yang menarik.
1. Long-Shot ( Pemandangan dan Manusia )
1. Long-Shot ( Pemandangan dan Manusia )
Dari nun jauh di sana, dapat lihat seorag perempuan yang berseorangan tanpa teman bersiar-siar di taman yang hanya dia sahaja yang ada. Dia ni pelajar cemerlang tetapi dia suka bawak diri dengan payung merah jambunya tu. Melenggang-lenggang mcm sutun tapi bak kata sajat 'I Perempuan Okay!'.
DI sini, terlihat penampakan seorang lelaki berbadan comel yang sedang tunggu kekasihnya yang dah berjanji nak datang tasik. Janji punya janji, 2 jam tunggu tak sampai-sampai. Apa kehenya yob!
DI sini, terlihat penampakan seorang lelaki berbadan comel yang sedang tunggu kekasihnya yang dah berjanji nak datang tasik. Janji punya janji, 2 jam tunggu tak sampai-sampai. Apa kehenya yob!
Berlari berkejaran, seindah bunga di taman. Lagu tak sesuai sebab ni bukan geng kunyit. Mereka sahabat satu pasukan bola yang tengah menikmati kawasan yang luas terbentang. Kalau jalan atas jalan raya lagi rare!
1. Long-Shot ( Pemandangan )
Kalau anda nak tahu, jalan ini lah yang saya lalui setiap hari untuk pergi ke kelas. Nampak seram kan? Kalau jalan sorang-sorang mau jalan laju macam lipas kudung. Tapi demi menuntut ilmu kita hadap jela hantu apa pun.
Gambar ni ada keistimewaan sebab walaupun jaraknya jauh, tapi saya berasa bangga dengan bangunan-bangunan tersergam indah ni. Sepanjang dekat sini, yang saya risaukan kalau-kalau ahli kumpulan terjerumus dalam kolam waktu sesi bergambar. hehe
Memang kesukaan saya untuk ambik bangunan-bangunan macam ni sebab saya bercita-cita nak kerja dalam bangunan-bangunan tersergam tu tapi tengok lah hala tuju ke mana..
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410SATU2019: INSTAGRAM MINGGU 6
Minggu ni gambar-gambar yang berbaur kesenduan, macam takde kehidupan bukan? hakikatnya saya gembira dengan hidup saya kerana saya ...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Pada entri kali ni, saya nak ceritakan dan berkongsi sedikit sebanyak antara hasil penggambaran kump...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat datang ke laman blog Saya. Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nur ...
-
Keluargaku Syurgaku.. Keluarga merupakan institusi yang sangat penting dalam kehidupan dan keluarga adalah sebahagian dari hidup kita kan...